Thursday, 17 March 2016

Me and Sleep



But Time Never allow me to sleep more...




when i was in middle school, i sleep at 10 o'clock and wake up at 6.15 a.m
yea, i used to be a good and awesome kids.

but
but

when i was in high school i have to extend my sleep time ( homework, big exam,,pmr/spm) to 11 or 12 o'clock..tsk tsk tsk..
but still i wake up at 6.15 a.m (looks like im still a passionate teenager)




I sleep at 2 and wake up at 6.0 a.m when i was in matric.
well, matric is a tough time for me, yet it brings an awesome time for me


my sleepless continue when im doing my degree ..
sleep at 2 or 4 a.m
and 
it get worse if assigment/project/quiz are in the same weeks..




matric is a tough time while degree is a cronic time





all picture are credit to google image...





Tuesday, 15 March 2016

Uber: "Teksi sapu" atas talian.


Credit to Google Image

Uber merupakan perkhimatan “teksi sapu” yang sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Singapura. Penduduk Amerika memanggil “teksi sapu” ini sebagai Uber manakala Singapura memanggilnya sebagai GrabCar. Syarikat multinasional yang menghubungkan pemandu dan penumpang melalui aplikasi telefon pintar ini, ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick dan Garret Camp.
Credit to Google Image

Uber yang menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa dan menghantar penumpang ini menggunakan kaedah penempahan melalui atas talian dan telefon pintar. Pengguna hanya perlu memuat naik aplikasi Uber dan mendaftar sebagai penumpang. Mempunyai telefon pintar, sambungan internet dan kad kredit cukup untuk menjadikan anda salah seorang daripada pengguna Uber.

Credit to Google Image
Aplikasi atas talian yang diwujudkan ini memberi kemudahan kepada para pengguna untuk menempah secara terus pemandu Uber yang berada berdekatan dengan mereka. Pengguna dapat mengetahui kedudukan pemandu dan seterusnya dapat membuat persiapan diri. Pengguna juga dapat mengetahui caj atau tambang yang akan dikenakan oleh pihak Uber. Hal ini kerana, caj yang dikenakan adalah tetap dan tidak berubah. 


Credit to Google Image


Tidak seperti teksi, Perkhimatan Uber tidak terikat kepada sesuatu jenama mahupun spesifikasi. Honda, Toyota, Proton, BMW, Mercedes, Perodua, dan lain-lain, boleh digunakan asalkan usia kereta tersebut tidak lebih dari tujuh tahun, mempunyai penghawa dingin yang berfungsi, tidak berbau dan bersih. Oleh itu, ianya menjadi satu kelebihan kepada pengguna apabila mereka dapat menaiki kenderaan yang selesa dan mewah.

Caj yang dikenakan oleh Uber adalah lebih murah dari perkhidmatan teksi yang sedia anda. Namun begitu, caj tersebut mungkin menjadi tinggi apabila kawasan tersebut tidak mempunyai Perkhidmatan Uber. Uber menggunakan sistem pembayaran secara elektronik. Pengguna tidak perlu untuk menyediakan sebarang tukaran, kerana caj akan dikreditkan terus ke akaun pengguna. 

Credit to Google Image
Oleh kerana pemandu Uber mempunyai etika yang mereka perlu patuhi, mereka perlu melayan pelanggan mereka dengan mesra. Ini kerana, setiap kali pengguna menggunakan perkhimatan Uber mereka perlu menilai pemandu tersebut. Jika pemandu tersebut mendapat markah yang rendah, pemandu tersebut akan hilang kelayakan mendapat insentif. Selain pemandu, pemgguna juga akan dinilai oleh pemandu. Pengguna yang mendapat markah yang rendah dilarang untuk menggunakan perkhidmatan Uber. 

Walaupun perkhidmatan Uber ini mendapat pelbagai tentangan daripada pemandu teksi dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dengan isu-isu seperti tiada Lesen Perkhidmatan Awam, tidak melaui pemeriksaan PUSPAKOM, tidak dilindungi Insurans dan sebagainya, mereka tetap juga utuh dan bersemangat sehingga dapat menarik 6971 orang pengguna teksi untuk menggunakan Perkhidmatan Uber.