Sunday 17 April 2016

Bom di Damansara Perdana



Kuala Lumpur - Kira-kira 200 orang penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka setelah diarah oleh pihak polis apabila polis menemui 7 butir bom buatan sendiri di tingkat 17 kondominium Metropolitan Square, Damansara Perdana. Bom yang di jumpai di dalam kotak itu dijumpai pada pukul 4.30 pagi. Selain bom, pihak polis juga menjumpai sejumlah pil Eramin 5 dan dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram.




Bom yang ditemui oleh pihak berkuasa


Penduduk  mengosongkan kediaman mereka setelah diarah oleh pihak polis
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad, serbuan di kondominium berkenaan adalah susulan satu laporan jenayah yang berlaku di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, Kuala Lumpur sekitar 1.30 pagi Ahad.
Dua orang individu masing-masing berumur 37 dan 39 yang merupakan warga tempatan kini dalam buruan polis. Suspek Ng Woon Chieh atau Ah Chong, dan Chow How Luen, didapati telah mendatangkan kecederaan kepada seorang penghantar barang. Selain memukul mangsa sehingga pengsan, kedua-dua suspek bersama seorang lagi individu meletakkan objek berupa bom di dalam bilik mangsa.
Kesemua bom yang ditemukan di bawa ke kawasan lapang di satu kawasan kuari berdekatan.

 
Dua individu kini dalam buruan polis.

Wednesday 13 April 2016

Ada apa dengan Dr Zakir Naik?





Dr ZAKIR NAIK

Pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Pada tahun 2013, mengadakan sesi ceramah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Malaysia, Indonesia, Singapura, Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah dan pendakwah dari India yang menyampaikan dakwah dengan menggunakan Al-Quran, hadis, dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan bersama fakta saintifik. Beliau sering menyampaikan ceramah mengenai isalam dan perbandingan agama sehingga dikenali sebagai tokoh perbandingan agama.







Ketua Polis Negara dalam akaun Twitternya
Mempunyai penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, Dr Zakir Naik baru-baru ini telah dihalang daripada memberi syarahan kepada orang ramai di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).‘Similarities between Hinduism and Islam’ tajuk ceramah yang akan berlangsung pada 17 April yang dibatalakan atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid dalam twitter nya menyatakan bahawa pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia. "Pada pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik berhubung persamaan antara agama Hindu dan Islam, perbincangan itu tidak boleh lari daripada menyentuh kelemahan agama lain," katanya. UTeM sebagai hos bagi program tersebut menjelaskan bahawa mereka menghormati pandangan semua pihak berhubung isu pembatalan tersebut.
Namun begitu, setelah menimbangkan beberapa perkara, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada Dr Zakir Naik untuk meneruskan sesi ceramahnya di Melaka pada Ahad ini, tetapi dengan tajuk yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia perlu lebih sesuai dan tidak menyentuh sesitiviti agama masyarakat di negara ini.
Orang ramai boleh mendengar dan mengikuti ceramah Dr Zakir Naik di youtube dan stesen televisyen Al Hijrah. 




Tuesday 5 April 2016

FAREEDA “Sweet Love”




                                



Sweet Love' Mengganas!!! Yeah, you hear it right.' 

Semua sedia maklum bahawa 2 dan 3 April 2016 yang lalu, FAREEDA telah melancarkan tudung jenama baru yang dikenali sebagai “Sweet Love”. Namun, hanya untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian tudung tersebut, orang ramai sanggup bersesak dan berhimpit antara satu sama lain.
Sepanjang dua hari promosi, FAREEDA telah mengagihkan sebanyak 2,500 tiket giliran kepada orang ramai di hadapan butik FAREEDA di Bangi. Hanya pelanggan yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk. Dan mereka hanya dibenarkan berada di dalam butik tersebut selama 30 minit sahaja.

Orang ramai menunggu pengagihan nombor giliran di luar butik FAREEDA di Bangi

Orang ramai sanggup bersesak dan berhimpit antara satu sama lain adalah kerana, tudung baharu FAREEDA adalah edisi terhad, dan keluaran seterusnya akan dijual pada harga yang lagi tinggi. Selain itu, sistem pengurusan yang kurang cekap juga menyumbang kepada perkara tersebut. FAREEDA Global Resaources Sdn Bhd sepatutnya mengasingkan tempat 
penggambilan nombor bagi lelaki dan perempuan. Apabila pengasingan tempat dilakukan, isu himpit menghimpit antara lelaki dan perempuan tanpa mengira jantina ini mungkin tidak akan berlaku.




Pihak FAREEDA menjelaskan bahawa, ia adalah strategi pemasaran untuk mencetuskan suasana yang lebih “Havoc”. Mengenai sistem giliran pula, jika buat seperti bank terdapat individu yang tekan butang banyak kali hingga habis pecah mesin nombor tersebut apabila ribuan pelanggan nak ambil nombor serentak. Tiada riak cuma bila ribuan beratur mestilah special. Ini kan keluaran terbaru maka memang lah ramai tapi bukan lah hari-hari

Tudung FAREEDA "Sweet Love"
Facebook: FAREEDA