Credit to Google Image |
Uber merupakan perkhimatan “teksi sapu” yang sudah
lama diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Singapura. Penduduk Amerika
memanggil “teksi sapu” ini sebagai Uber manakala Singapura memanggilnya sebagai
GrabCar. Syarikat multinasional yang menghubungkan
pemandu dan penumpang melalui aplikasi telefon pintar ini, ditubuhkan pada
tahun 2009 oleh Travis Kalanick dan Garret Camp.
Credit to Google Image |
Uber yang menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa dan menghantar penumpang ini menggunakan kaedah penempahan melalui atas talian dan telefon pintar. Pengguna hanya perlu memuat naik aplikasi Uber dan mendaftar sebagai penumpang. Mempunyai telefon pintar, sambungan internet dan kad kredit cukup untuk menjadikan anda salah seorang daripada pengguna Uber.
Credit to Google Image |
Credit to Google Image |
Tidak seperti teksi, Perkhimatan Uber tidak terikat
kepada sesuatu jenama mahupun spesifikasi. Honda, Toyota, Proton, BMW,
Mercedes, Perodua, dan lain-lain, boleh digunakan asalkan usia kereta tersebut tidak
lebih dari tujuh tahun, mempunyai penghawa dingin yang berfungsi, tidak berbau
dan bersih. Oleh itu, ianya menjadi satu kelebihan kepada pengguna apabila
mereka dapat menaiki kenderaan yang selesa dan mewah.
Caj yang dikenakan oleh Uber adalah lebih murah dari
perkhidmatan teksi yang sedia anda. Namun begitu, caj tersebut mungkin menjadi
tinggi apabila kawasan tersebut tidak mempunyai Perkhidmatan Uber. Uber menggunakan
sistem pembayaran secara elektronik. Pengguna tidak perlu untuk menyediakan
sebarang tukaran, kerana caj akan dikreditkan terus ke akaun
pengguna.
Credit to Google Image |
Walaupun perkhidmatan Uber ini mendapat pelbagai
tentangan daripada pemandu teksi dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),
dengan isu-isu seperti tiada Lesen Perkhidmatan Awam, tidak melaui pemeriksaan
PUSPAKOM, tidak dilindungi Insurans dan sebagainya, mereka tetap juga utuh dan
bersemangat sehingga dapat menarik 6971 orang pengguna teksi untuk menggunakan
Perkhidmatan Uber.
No comments:
Post a Comment