Wednesday 13 April 2016

Ada apa dengan Dr Zakir Naik?





Dr ZAKIR NAIK

Pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Pada tahun 2013, mengadakan sesi ceramah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Malaysia, Indonesia, Singapura, Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah dan pendakwah dari India yang menyampaikan dakwah dengan menggunakan Al-Quran, hadis, dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan bersama fakta saintifik. Beliau sering menyampaikan ceramah mengenai isalam dan perbandingan agama sehingga dikenali sebagai tokoh perbandingan agama.







Ketua Polis Negara dalam akaun Twitternya
Mempunyai penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, Dr Zakir Naik baru-baru ini telah dihalang daripada memberi syarahan kepada orang ramai di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).‘Similarities between Hinduism and Islam’ tajuk ceramah yang akan berlangsung pada 17 April yang dibatalakan atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid dalam twitter nya menyatakan bahawa pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia. "Pada pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik berhubung persamaan antara agama Hindu dan Islam, perbincangan itu tidak boleh lari daripada menyentuh kelemahan agama lain," katanya. UTeM sebagai hos bagi program tersebut menjelaskan bahawa mereka menghormati pandangan semua pihak berhubung isu pembatalan tersebut.
Namun begitu, setelah menimbangkan beberapa perkara, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada Dr Zakir Naik untuk meneruskan sesi ceramahnya di Melaka pada Ahad ini, tetapi dengan tajuk yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia perlu lebih sesuai dan tidak menyentuh sesitiviti agama masyarakat di negara ini.
Orang ramai boleh mendengar dan mengikuti ceramah Dr Zakir Naik di youtube dan stesen televisyen Al Hijrah. 




No comments:

Post a Comment